15 June 2009

UNTUK PESAKIT LUTUT

Gabungan antara 3 produk keluaran HPA ini iaitu, Minyak But-but, Kapsul Radix dan Kopi Pracampuran Radix mampu memulihkan masalah kesakitan lutut seperti yang saya alami. Jika dahulu lutut saya sentiasa sakit apabila mendaki bukit, dan bersukan, sekarang tidak lagi dengan adanya produk keluaran HPA ini. Saya baru mengamalkan produk ini sebulan lebih dan Alhamdulillah kesannya dapat saya rasai apabila saya rasakan lutut saya semakin kuat dari dahulu. Saya pernah mengalami kecederaan lutut pada tahun 2000 dan telah menjalani pembedahan pada 2006. Walaupun telah menjalani pembedahan, kadang-kadang lutut saya masih terasa sakit dan kebas. Setelah saya mengamalkan pemakanan Radix, kesakitan di lutut saya semakin berkurangan dan InsyaAllah sedikit masa lagi saya akan kembali aktif bersukan dalam bidang sukan yang saya gemari.
Mendaki Bukit Ungku Busu, Lumut, Perak.

09 June 2009

KURSUS USAHAWAN HPA

PBC DAN KEISTIMEWAANNYA
  1. Membina keyakinan diri untuk menjadi Usahawan Herbalis MLM yang cemerlang.
  2. Dapat menguasai segala ilmu dan kemahiran dalam bidang keusahawanan MLM, agar dapat merancang, mengurus dan bertindak mengikut plan yang disediakan bagi menjurus kepada bonus 5 angka sebulan.
  3. Memupuk dan menerapkan kekuatan rohani bagi membentuk jati diri sebagai usahawan yang bertaqwa.
  4. Melahirkan usahawan yang tahan lasak, tabah, berdisiplin dan mampu menjadi pemimpin jaringan yang hebat.

APA PBC?

PBC adalah singkatan daripada Perkongsian Bijak Cemerlang yang mana kursus ini mengajar kita bagaimana menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan dengan produk-produk halal HPA. Ketahui plan pemasaran PBC HPA dengan 'produk killer' kami iaitu Kopi Pra-campuran Radix serta beratus produk merangkumi produk keperluan harian, ubatan berasas herba, kosmetik, makanan kesihatan dll. Anda pasti terpegun dengan pelbagai pengetahuan herba kami. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rebutlah untuk menjadi usahawan muslim yang berjaya. InsyaAllah.....

MENGAPA PERLU SERTAI PROGRAM PBC (PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG)?

  1. Automatik mendapat pangkat pertama dalam HPA iaitu Pengurus Melati atau PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.
  2. Tidak perlu lagi melakukan pembelian terkumpul 1501NM dan melakukan penajaan untuk mendapat pangkat pertama Pengurus Melati (PLX).
  3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan 5 angka.
  4. Dapat berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
  5. Modul program yang menarik dan berkesan.
  6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.
  7. mempelajari ilmu MLM dengan lebih mendalam daripada Usahawan HPA yang telah berjaya.
  8. Dapat mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan melalui plan pemasaran era baru HPA.

BAGAIMANA HENDAK SERTAI PROGRAM PBC INI?

  1. Daftar menjadi Ahli HPA seumur hidup dengan bayaran cuma RM30 dan mendapaat Kit Niaga yang dilengkapi dengan katalog produk dan lain-lain dokumen.
  2. Daftar sebagai peserta program PBC melalui penaja anda atau terus kepada penganjur PBC. Biasanya bayaran adalah RM150 sahaja untuk 2 hari 1 malam.
  3. Membuat pembelian minima 300NM dalam masa 2 bulan selepas anda hadir program PBC. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC di mana-mana agen stok.

MODUL-MODUL PBC

Antara modul yang diberikan adalah :-

  1. Kenali Syarikat.
  2. Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA.
  3. Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6M.
  4. Eagle Eyes Sponsoring.
  5. Plan Tindakan melalui LDK.
  6. Teknik Demo.
  7. Produk Pilihan.
  8. Diagnosis Penyakit melalui Tapak Tangan.
  9. Asas Perubatan Jawi.
  10. Qiamullail.
  11. Kuliah Subuh.
  12. Senaman Pernafasan.
  13. Bacaan Al Maathurat.
  14. Motivasi Niaga.

Pengisian PBC ini disampaikan oleh PJS dan mereka yang terpilih. Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan. Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul. Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat. InsyaALLAH…

05 June 2009

HPA - Harapan Paling Akhir

PEJABAT HPA DI : LOT 1985,JALAN JEJAWI DALAM,02600 ARAU,PERLIS, MALAYSIA Tel : 604-9776805 Fax : 604-9774121 Harian Metro, 28 September 2006 Oleh Zainuddin Zainzainuddin@hmetro.com.my

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), pengeluar kopi jenama Radix akan mengeluarkan antara dua hingga tiga biskut berasaskan herba tahun depan, sebagai tambahan kepada kira-kira 100 produk makanan kesihatan dan kegunaan harian yang dikeluarkan ketika ini. Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata dengan mempelbagaikan keluaran, pihaknya yakin dapat mengukuhkan jenama syarikat dalam industri produk makanan kesihatan. Katanya, ia dimulai dengan pengenalan biskut yang diadun bersama tujuh jenis herba iaitu Cookies Radix awal bulan ini yang menjadi pelopor kepada beberapa lagi produk biskut yang bakal diperkenalkan syarikat, tidak lama lagi. “Seperti kopi Radix yang mendapat sambutan, HPA percaya Cookies Radix akan mendapat tempat di pasaran kerana khasiatnya yang diadun dengan herba tongkat ali, teja lawang, tebu gajah, mata pelanduk, mengkudu hutan, larak hutan dan halban. “Ia menjadikan Cookies Radix bukan sekadar biskut biasa untuk mengalas perut, tetapi turut menjaga kesihatan,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat HPA di Jejawi, Perlis baru-baru ini. Ismail berkata, dalam usaha mengukuhkan jenama HPA di pasaran, iklan bergerak syarikat itu akan mula ditayangkan di Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) bermula Oktober ini berbanding dengan iklan slaid sekarang. “Kita masih memberi penekanan kepada promosi kopi Radix yang juga produk terlaris HPA,” katanya. Selain promosi pengiklanan agresif, katanya, HPA juga akan memperkemaskan sistem e-Dagang syarikat bagi memudahkan ahli berurusan dengan syarikat dan pada masa sama sebagai usaha menembusi pasaran dunia menjelang tahun depan. Pengenalan e-Dagang membolehkan HPA menjalankan proses pertukaran maklumat perniagaan serta jual beli dengan menggunakan sistem pertukaran data secara elektronik tanpa kertas menerusi e-mel, transmisi faksimili dan pemindahan dana secara elektronik. “Kita mensasarkan semua ini mula dilaksanakan bermula 2007 selepas HPA menggunakan teknologi e-Dagang ini pada tahap maksimum. “Sistem e-Dagang penting kerana ia menjimatkan banyak masa dan dilakukan secara mudah terutama di Indonesia kerana HPA sudah lama bertapak di negara itu dan kini akan melangkah lebih jauh selepas menerima maklum balas positif ketika menyertai pameran Matrade (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) di Dubai baru-baru,” katanya. Beliau berkata, kopi Radix dan Minyak But-But yang dibawa untuk pameran itu menarik perhatian pengunjung dan pihaknya secara dasarnya sudah bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan ahli perniagaan di Asia Barat dan India. “Berikutan sambutan positif itu, kita merancang untuk membuka pejabat dan kilang di Pakistan,” katanya. Bagaimanapun, Ismail berkata, dalam usaha mengembangkan HPA ke peringkat global, pengurusan syarikat tidak melupakan perkhidmatan kepada ahli dengan menubuhkan Koperasi Wahida atau turut dikenali ‘koHPA’.

*Sumber: Ruangan Bisnes, Harian Metro, 28 September 2006

RFC Cawangan Legenda Height Bandar HPA Sg.Petani