29 June 2015

HIDUP KITA UMPAMA RODA YANG BERPUTAR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Mungkin anda pernah mendengar ungkapan "Hidup ini umpama roda yang berputar".
Ya...itulah kehidupan kita, ada kalanya kita akan berada di atas dan ada kalanya kita akan berada di bawah.

Setiap yang berlaku telah ditentukan oleh Allah dan kita sebagai umat-Nya harus menerima ketentuan-Nya dengan penuh kesabaran. Allah Maha Adil dan mengetahui segala takdir dalam kehidupan kita. Dan janganlah kita lupa serta alpa dengan nikmat yang diberi oleh-Nya. Ujian yang diberi pada kita adalah kerana Allah sangat sayangkan kita. Yang penting kita terus tabah dan bersyukur dengan ujian yang Allah berikan walaupun ada kalanya sungguh pahit untuk ditelan.


Orang yang berjaya, adalah orang yang sentiasa bersyukur dengan pemberian yang Allah berikan dalam kehidupannya..Dan bagi mereka yang gagal, janganlah mudah berputus asa..berusahalah untuk kembali di atas dan ubah cara hidup serta pemikiran ke arah yang lebih positif, in sha Allah kejayaan pasti akan menjadi milik kita.

Hari ini kita gembira, belum tentu esok kita masih bergembira. Bersedialah untuk kita menempuh kehidupan dengan penuh kematangan, kecekalan dan kesabaran, Kerana kehidupan kita umpama roda, jadi kita hendaklah bersedia untuk berada di mana-mana saja posisi kehidupan dan menghadapinya dengan tabah dan penuh kesabaran.


25 June 2015

JANA INCOME DENGAN YOUTUBE

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua...

Tahukah anda kenapa ramai orang upload video dalam youtube ??!!

Sebabnya...satu view orang tengok video anda dalam masa 30 saat, youtube akan bayar USD0.0033 dengan syarat mereka yang view video anda klik pada iklan yang dipaparkan...

Cuba bayangkan jika video anda mendapat 33000 view yang mana semua orang tengok video anda lebih dari 30 saat dan klik pada iklan yang dipaparkan...dengan mudah anda dapat USD100 = RM380.

Jadi, buatlah video yang berfaedah untuk dikongsi dan mula menjana income dengan youtube...

Contoh video youtube yang saya buat :-                              


Selamat mencuba kepada anda semua...gunakan internet anda dengan bijak...sekaranglah masanya untuk kita merebut peluang...