Showing posts with label Sekadar Informasi Anda. Show all posts
Showing posts with label Sekadar Informasi Anda. Show all posts

21 June 2011

NIKON D3100

Assamualaikum..........
Alhamdulillah....akhirnya saya berpeluang juga mendapatkan DSLR Kamera NIKON D3100. Senang menggunakannya dan gambar pun nampak menarik bagi photographer amatur macam saya. Banyak lagi yang perlu dipelajari.
Contoh gambar yang saya ambil...





Harap semua rakan2 dapat memberi tunjuk ajar....
 
 

18 October 2010

Iktibar dari Seekor Semut

Semut adalah suatu mahluk yang amat kita kenal, yang kita temui di mana-mana namun tidak pernah benar-benar kita perhatikan. Semut merupakan serangga yang sangat terampil, sosial dan cerdas.

Pernahkah anda berfikir tentang kehidupan semut yang tekun berkerja serta rajin, taat, juga pandai bersyukur atas rezeki yang Allah SWT kurniakan kepadanya. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya pada langit dan bumi

Benar-benar terdapat tanda-tanda

Kekuasaan Allah untuk orang beriman.

Dan pada penciptaan kamu dan pada

Hewan melata yang bertebaran (di muka bumi)

Terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah)

Untuk kaum yang meyakini.

(Surah Al-Jatsiyah: 3-4)

Kesungguhan dan ketekunan

Sesungguhnya di dalam kehidupan semut terdapat pengajaran yang sangat bererti bagi umat manusia iaitu pengajaran tentang kesabaran, keteguhan, ketekunan dan kesinambungan dalam usaha untuk mencapai tujuan. Ungkapan ini tidaklah berlebihan kerana semut sentiasa mengulangi usahanya berkali-kali hingga tercapai tujuannya.

Semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus, sampai ia berhasil menggapai tujuan yang diinginkan. Ia merangkak di sebuah pohon, lalu jatuh kemudian bangun lagi dan berusaha untuk merangkak lagi ke atas pohon yang sama, lalu tejatuh lagi…. begitu terjadi berulang-ulang namun ia tetap terus berusaha sampai akhirnya ia berhasil naik ke atas pohon yang diinginkan dan mendapatkan apa yang dicari tanpa merasa lelah dan bosan.

Jika jalan yang akan dilalui terhalang, maka ia akan berusaha dari arah kanan dan kiri. Jika ia tetap kesulitan untuk berjalan maju, maka ia akan berhenti sebentar. Kemudian kembali lagi dengan sebuah tenaga yang jauh lebih kuat berbanding yang pertama. Mungkin ia akan menjauhi jalan pertamanya yang sulit dan berintangan, namun ia akan tetap meneruskan perjalanan dengan mencari jalan lain sehingga ia sampai ke arah tujuan.

Semut memiliki kekuatan yang luar biasa di dalam merialisasikan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan. Ia tidak pernah berputus asa dan kecewa. Sehingga semut dijadikan contoh motivasi kerana semangat yang kuat itu.

Seorang muslimakan sentiasa berusaha sekuat tenaga untuk mencapai tujuannya. Ia akan selalu sabar, teguh, dan tekun tanpa mengenal erti kecewa. Kegagalan tidak akan melunturkan semangat seorang Muslim untuk tetap menggapai apa yang dituju, kerana ia yakin keberhasilan dan kegagalan seseorang adalah di tangan Allah SWT. Dia akan terus berusaha dan terus berusaha serta menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Berkuasa.

Dalam Al-Quran disebutkan tentang perintah Nabi Yaakob kepada anak-anaknya untuk mencari berita tentang Nabi Yusuf.

“Dan janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.”

(QS Yusuf(12) : 87)

Dan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Thabrani, Rasulullah SAW bersabda,

“Sesunguhnya Allah sangat mencintai orang yang Jika melakukan secara itqan (tepat, terarah, jelas dan tuntas).”

Rasulullah SAW pun memberikan suatu keteladanan yang luar biasa dalam hal keteguhan untuk mencapai tujuan. Sejarah telah menerangkan bagaimana ketegaran dan ketuhan Nabi Muhammad SAW ketika menyeru Islam kepada kaum kafir Quraisy. Berbagai godaan, hinaan, ancaman yang dihadapkan kepada beliau tidaklah mampu melunturkan semangat dalam berdakwah.

Bahkan, Muhammad SAW mengucapkan,

“Seandainya matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, aku tidak akan berhenti untuk berdakwah.”

Tiada kenal kecewa

Ada sebuah cerita, suatu ketika seorang Arab Badwi pergi musafir untuk sebuah keperluan. Ketika ia merasa sangat letih, kepenatan dan merasa putus asa, maka ia lantas duduk beristirehat dan berfikir. Lalu ia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh kemudian merangkak lagi dan jatuh lagi. hal ini terjadi sampai berulang kali, tetapi semut tetap berusaha dan berusaha sehingga akhirnya ia berhasil sampai ke atas batu besar tersebut.

Melihat peristiwa itu, beliau berkata dalam hati, “Saya seharusnya lebih pantas bersabar dan berusaha keras daripada semut tersebut.” Lalu ia pun meneruskan perjalanannya kembali, sehingga akhirnya ia pun mampu sampai ke tempat tujuan yang diinginkan, lalu ia berkata, “Cari dan usaha, jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah rasa bosan.”

Kehidupan semut dapat menjadi iktibar dan tauladan bagi orang-orang yang berakal, iaitu kesungguhan, kesabaran, tekad kuat, sikap pantang menyerah dan berusaha tanpa mengenal kata lelah.

Bijak dan Saling Membantu

Semut terkenal memiliki kecerdikan luar biasa di dalam usahanya mendapatkan apa yang diinginkan. Seseorang yang pernah menulis dan meneliti tentang kehidupan semut mengatakan bahawa semut mengumpulkan makanannya dari musim panas sampai musim dingin. Ini adalah kerana semut tidak banyak keluar pada musim dingin, maka ia menyimpan makanan musim dingin dan hanya dimakan ketika memang telah dating masanya. Dan agar biji-bijian yang ia simpan tidak tumbuh di dalam tempat penyimpanan, maka dengan izin dan kuasa Allah SWT Zat yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu kejadiannya, kemudian membekalinya dengan sesuatu yang boleh dijadikan untuk mencari penghidupan, si semut membelah biji tersebut dari tengah agar tidak tumbuh.

Jika jalannya dihalangi oleh genangan air yang tidak boleh di lewati, maka ia bersama kawan-kawannya saling bergandingan membuat seperti jambatan. Jika semut-semut lainnya sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan tersebut merapatke tepi. Maha Suci Zat Yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian membekalinya dengan akal, naluri dan kudrat alamiah untuk kelangsungan hidupnya masing-masing!

Jika seekor semut menemukan sepotong daging atau kaki belalang, namun ia tidak kuat membawanya sendiri, maka ia akan pulang ke rumah semut dan memanggil kawan-kawannya yang lain untuk bersama-sama membawa makanan yang ditemukan tersebut. Semut memiliki sifat kesungguhan dan kesabaran luar biasa yang dapat menjadi pelajaran bagi orang yang ingin meraih kejayaan. Bahkan seandainya anda meletakkan sebuah batu di tengah-tengah jalan yang digunakan untuk laluan oleh kawanan semut, maka mereka akan berhenti, namun tidak akan berbalik arah ke belakang lagi. Akan tetapi ia akan tetap menunggu atau berusaha menaiki batu yang anda letakkan tersebut atau berusaha lewat melalui celah-celah yang ada di kanan kiri batu atau mencari jalan altenatif lain yang memiliki arah tujuan yang sama, mereka tidak mengenal kata mundur dan kembali.

Begitulah sepintas lalu kehidupan semut yang boleh diambil iktibar untuk direnungkan oleh kita manusia yang berakal ini dalam menjalani kehidupan seharian.

Sumber Rujukan :

Penulis Majalah Budi (Pn. Nik Rohaida bt. Wan Daud-Pegawai Penyelidik STRIDE).

15 June 2009

UNTUK PESAKIT LUTUT

Gabungan antara 3 produk keluaran HPA ini iaitu, Minyak But-but, Kapsul Radix dan Kopi Pracampuran Radix mampu memulihkan masalah kesakitan lutut seperti yang saya alami. Jika dahulu lutut saya sentiasa sakit apabila mendaki bukit, dan bersukan, sekarang tidak lagi dengan adanya produk keluaran HPA ini. Saya baru mengamalkan produk ini sebulan lebih dan Alhamdulillah kesannya dapat saya rasai apabila saya rasakan lutut saya semakin kuat dari dahulu. Saya pernah mengalami kecederaan lutut pada tahun 2000 dan telah menjalani pembedahan pada 2006. Walaupun telah menjalani pembedahan, kadang-kadang lutut saya masih terasa sakit dan kebas. Setelah saya mengamalkan pemakanan Radix, kesakitan di lutut saya semakin berkurangan dan InsyaAllah sedikit masa lagi saya akan kembali aktif bersukan dalam bidang sukan yang saya gemari.
Mendaki Bukit Ungku Busu, Lumut, Perak.

09 June 2009

KURSUS USAHAWAN HPA

PBC DAN KEISTIMEWAANNYA
  1. Membina keyakinan diri untuk menjadi Usahawan Herbalis MLM yang cemerlang.
  2. Dapat menguasai segala ilmu dan kemahiran dalam bidang keusahawanan MLM, agar dapat merancang, mengurus dan bertindak mengikut plan yang disediakan bagi menjurus kepada bonus 5 angka sebulan.
  3. Memupuk dan menerapkan kekuatan rohani bagi membentuk jati diri sebagai usahawan yang bertaqwa.
  4. Melahirkan usahawan yang tahan lasak, tabah, berdisiplin dan mampu menjadi pemimpin jaringan yang hebat.

APA PBC?

PBC adalah singkatan daripada Perkongsian Bijak Cemerlang yang mana kursus ini mengajar kita bagaimana menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan dengan produk-produk halal HPA. Ketahui plan pemasaran PBC HPA dengan 'produk killer' kami iaitu Kopi Pra-campuran Radix serta beratus produk merangkumi produk keperluan harian, ubatan berasas herba, kosmetik, makanan kesihatan dll. Anda pasti terpegun dengan pelbagai pengetahuan herba kami. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rebutlah untuk menjadi usahawan muslim yang berjaya. InsyaAllah.....

MENGAPA PERLU SERTAI PROGRAM PBC (PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG)?

  1. Automatik mendapat pangkat pertama dalam HPA iaitu Pengurus Melati atau PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.
  2. Tidak perlu lagi melakukan pembelian terkumpul 1501NM dan melakukan penajaan untuk mendapat pangkat pertama Pengurus Melati (PLX).
  3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan 5 angka.
  4. Dapat berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
  5. Modul program yang menarik dan berkesan.
  6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.
  7. mempelajari ilmu MLM dengan lebih mendalam daripada Usahawan HPA yang telah berjaya.
  8. Dapat mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan melalui plan pemasaran era baru HPA.

BAGAIMANA HENDAK SERTAI PROGRAM PBC INI?

  1. Daftar menjadi Ahli HPA seumur hidup dengan bayaran cuma RM30 dan mendapaat Kit Niaga yang dilengkapi dengan katalog produk dan lain-lain dokumen.
  2. Daftar sebagai peserta program PBC melalui penaja anda atau terus kepada penganjur PBC. Biasanya bayaran adalah RM150 sahaja untuk 2 hari 1 malam.
  3. Membuat pembelian minima 300NM dalam masa 2 bulan selepas anda hadir program PBC. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC di mana-mana agen stok.

MODUL-MODUL PBC

Antara modul yang diberikan adalah :-

  1. Kenali Syarikat.
  2. Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA.
  3. Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6M.
  4. Eagle Eyes Sponsoring.
  5. Plan Tindakan melalui LDK.
  6. Teknik Demo.
  7. Produk Pilihan.
  8. Diagnosis Penyakit melalui Tapak Tangan.
  9. Asas Perubatan Jawi.
  10. Qiamullail.
  11. Kuliah Subuh.
  12. Senaman Pernafasan.
  13. Bacaan Al Maathurat.
  14. Motivasi Niaga.

Pengisian PBC ini disampaikan oleh PJS dan mereka yang terpilih. Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan. Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul. Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat. InsyaALLAH…

05 June 2009

HPA - Harapan Paling Akhir

PEJABAT HPA DI : LOT 1985,JALAN JEJAWI DALAM,02600 ARAU,PERLIS, MALAYSIA Tel : 604-9776805 Fax : 604-9774121 Harian Metro, 28 September 2006 Oleh Zainuddin Zainzainuddin@hmetro.com.my

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), pengeluar kopi jenama Radix akan mengeluarkan antara dua hingga tiga biskut berasaskan herba tahun depan, sebagai tambahan kepada kira-kira 100 produk makanan kesihatan dan kegunaan harian yang dikeluarkan ketika ini. Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata dengan mempelbagaikan keluaran, pihaknya yakin dapat mengukuhkan jenama syarikat dalam industri produk makanan kesihatan. Katanya, ia dimulai dengan pengenalan biskut yang diadun bersama tujuh jenis herba iaitu Cookies Radix awal bulan ini yang menjadi pelopor kepada beberapa lagi produk biskut yang bakal diperkenalkan syarikat, tidak lama lagi. “Seperti kopi Radix yang mendapat sambutan, HPA percaya Cookies Radix akan mendapat tempat di pasaran kerana khasiatnya yang diadun dengan herba tongkat ali, teja lawang, tebu gajah, mata pelanduk, mengkudu hutan, larak hutan dan halban. “Ia menjadikan Cookies Radix bukan sekadar biskut biasa untuk mengalas perut, tetapi turut menjaga kesihatan,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat HPA di Jejawi, Perlis baru-baru ini. Ismail berkata, dalam usaha mengukuhkan jenama HPA di pasaran, iklan bergerak syarikat itu akan mula ditayangkan di Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) bermula Oktober ini berbanding dengan iklan slaid sekarang. “Kita masih memberi penekanan kepada promosi kopi Radix yang juga produk terlaris HPA,” katanya. Selain promosi pengiklanan agresif, katanya, HPA juga akan memperkemaskan sistem e-Dagang syarikat bagi memudahkan ahli berurusan dengan syarikat dan pada masa sama sebagai usaha menembusi pasaran dunia menjelang tahun depan. Pengenalan e-Dagang membolehkan HPA menjalankan proses pertukaran maklumat perniagaan serta jual beli dengan menggunakan sistem pertukaran data secara elektronik tanpa kertas menerusi e-mel, transmisi faksimili dan pemindahan dana secara elektronik. “Kita mensasarkan semua ini mula dilaksanakan bermula 2007 selepas HPA menggunakan teknologi e-Dagang ini pada tahap maksimum. “Sistem e-Dagang penting kerana ia menjimatkan banyak masa dan dilakukan secara mudah terutama di Indonesia kerana HPA sudah lama bertapak di negara itu dan kini akan melangkah lebih jauh selepas menerima maklum balas positif ketika menyertai pameran Matrade (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) di Dubai baru-baru,” katanya. Beliau berkata, kopi Radix dan Minyak But-But yang dibawa untuk pameran itu menarik perhatian pengunjung dan pihaknya secara dasarnya sudah bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan ahli perniagaan di Asia Barat dan India. “Berikutan sambutan positif itu, kita merancang untuk membuka pejabat dan kilang di Pakistan,” katanya. Bagaimanapun, Ismail berkata, dalam usaha mengembangkan HPA ke peringkat global, pengurusan syarikat tidak melupakan perkhidmatan kepada ahli dengan menubuhkan Koperasi Wahida atau turut dikenali ‘koHPA’.

*Sumber: Ruangan Bisnes, Harian Metro, 28 September 2006

RFC Cawangan Legenda Height Bandar HPA Sg.Petani