05 June 2009

HPA - Harapan Paling Akhir

PEJABAT HPA DI : LOT 1985,JALAN JEJAWI DALAM,02600 ARAU,PERLIS, MALAYSIA Tel : 604-9776805 Fax : 604-9774121 Harian Metro, 28 September 2006 Oleh Zainuddin Zainzainuddin@hmetro.com.my

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), pengeluar kopi jenama Radix akan mengeluarkan antara dua hingga tiga biskut berasaskan herba tahun depan, sebagai tambahan kepada kira-kira 100 produk makanan kesihatan dan kegunaan harian yang dikeluarkan ketika ini. Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata dengan mempelbagaikan keluaran, pihaknya yakin dapat mengukuhkan jenama syarikat dalam industri produk makanan kesihatan. Katanya, ia dimulai dengan pengenalan biskut yang diadun bersama tujuh jenis herba iaitu Cookies Radix awal bulan ini yang menjadi pelopor kepada beberapa lagi produk biskut yang bakal diperkenalkan syarikat, tidak lama lagi. “Seperti kopi Radix yang mendapat sambutan, HPA percaya Cookies Radix akan mendapat tempat di pasaran kerana khasiatnya yang diadun dengan herba tongkat ali, teja lawang, tebu gajah, mata pelanduk, mengkudu hutan, larak hutan dan halban. “Ia menjadikan Cookies Radix bukan sekadar biskut biasa untuk mengalas perut, tetapi turut menjaga kesihatan,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat HPA di Jejawi, Perlis baru-baru ini. Ismail berkata, dalam usaha mengukuhkan jenama HPA di pasaran, iklan bergerak syarikat itu akan mula ditayangkan di Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) bermula Oktober ini berbanding dengan iklan slaid sekarang. “Kita masih memberi penekanan kepada promosi kopi Radix yang juga produk terlaris HPA,” katanya. Selain promosi pengiklanan agresif, katanya, HPA juga akan memperkemaskan sistem e-Dagang syarikat bagi memudahkan ahli berurusan dengan syarikat dan pada masa sama sebagai usaha menembusi pasaran dunia menjelang tahun depan. Pengenalan e-Dagang membolehkan HPA menjalankan proses pertukaran maklumat perniagaan serta jual beli dengan menggunakan sistem pertukaran data secara elektronik tanpa kertas menerusi e-mel, transmisi faksimili dan pemindahan dana secara elektronik. “Kita mensasarkan semua ini mula dilaksanakan bermula 2007 selepas HPA menggunakan teknologi e-Dagang ini pada tahap maksimum. “Sistem e-Dagang penting kerana ia menjimatkan banyak masa dan dilakukan secara mudah terutama di Indonesia kerana HPA sudah lama bertapak di negara itu dan kini akan melangkah lebih jauh selepas menerima maklum balas positif ketika menyertai pameran Matrade (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) di Dubai baru-baru,” katanya. Beliau berkata, kopi Radix dan Minyak But-But yang dibawa untuk pameran itu menarik perhatian pengunjung dan pihaknya secara dasarnya sudah bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan ahli perniagaan di Asia Barat dan India. “Berikutan sambutan positif itu, kita merancang untuk membuka pejabat dan kilang di Pakistan,” katanya. Bagaimanapun, Ismail berkata, dalam usaha mengembangkan HPA ke peringkat global, pengurusan syarikat tidak melupakan perkhidmatan kepada ahli dengan menubuhkan Koperasi Wahida atau turut dikenali ‘koHPA’.

*Sumber: Ruangan Bisnes, Harian Metro, 28 September 2006

RFC Cawangan Legenda Height Bandar HPA Sg.Petani

No comments:

Post a Comment